Wednesday, November 2, 2022

1000 Corner Re-Visit -Thailand Tour

 1000 Corner Re-Visit 

<Intro>

Setelah hampir 2 tahun lebih menyabarkan diri ride dalam Semenanjung Malaysia, kali ini kami akan masuk ride ke Thiland dengan tema "1000 Corner Re-Visit" dan juga misi membawa bersama Pakcik kami, Cik Sayadek untuk pertama kali ride ke Thailand.
Peserta ride kami adalah


1. Abg Ucop -Honda CB500X
2. Lin - Honda CB500X (penulis)
3. Apit - Honda XADV 750
4. Zack - Honda CB500X
5. Datuk Hj Hidzer - Honda CB500X
6. Angah Khairi - Honda CB650F
7. Cik Sayadek - Honda Forza 250
8. Capt. Abd Latif @  WHJ - Honda CB750 (motor polis trafik)

<Route>
 KL - Durian Burung - Hatyai - ( motor naik lori / rider naik train) - Ratchaburi - Phitsanulok - Nan - Doi Ang Khang - Pai - Measariang - Kamphaeng Phet - Erwan National Park - 
Parachuap Khiri Khan - Surat Thani - Hatyai - KL


21/Oct/22  KL

Lebih kurang lepas isyak, bertolak dari rumah memasing berkumpul di RnR Rawang. Memulakan perjalanan dari RnR Rawang sebanyak 6 bijik motor ( ucop, lin, zack, angah apit, Cik Sayadek ). Dato Hidzer dan WHJ telah bertolak awal pagi sebab mereka orang pencen dan tidak ada komitmen kerja pada hari Jumaat (21/10). Hujan renyai dan kebetulan cuti depavali, jalan agak sesak. Speed setakat 90km/j sahaja.
Sementara WHJ dan Dato Hidzer telah sampai di Border Bukit Kayu Hitam dan terus masuk ke Hatyai



22/Oct/22 ( KL - Hatyai )

Sampai di Border Durian Burung sekitar 8:00, orang tidak begitu ramai walaupun cuti Depavali.Susasana masih lengang. Beratur dalam 15 minit. Items yang perlu di tunjuk  adalah Passport dan boring TM2 ( 2 salinan). Satu salinan akan di kembalikan pada kita untuk di hantar semasa cop passport semasa keluar nanti. (pastikan borang TM2 yang dikembalikan telah di cop oleh pihak emigration. 

berhadapan BangPrakrob CIQ

Sampai di Hatyai lebih kurang pukul 11:30. Terus loading motor ke dalam lori di PTT station (6.978268,100.461342).
Loading motor masuk ke lori

Cost from Hatyai – Ratchaburi Station

Train Ticket (1st Class – 2 bed / room)

THB 1,694 / person

Lorry ( buleh bawak 8 motor)

THB 27,000 / lorry

Segala urusan penghantaran motor dan pembelian tiket di uruskan oleh Saudara Anaz

Anaz 
(phone no: 66651057988)

Selesai pemunggahan motor ke dalam lori, kami betolak ke Train Hotel mengunakan teksi



Selepas selesai, baru check in di The Train Hotel untuk lelapkan mata seketika, mandi dan solat. Kami hanya menyewa dom. Hanya 1500 THB untuk satu bilik 8 katil. 

The Train Hotel
Santai atas Katil


Sebelum naik train, sempat singgah di kedai Makcik (dapur muslim), untuk late lunch. Makcik sempat bekalkan nasi goreng pada kami untuk makan dalam train.
Alhamdullilah, Makcik masih sihat

Train sampai lewat sedikit. Bertolak dari Hatyai sekitar 6:40 pm. (schedule bertolak : 6:10)

Hatyai Station
Hatyai Station
😊

Train sangat selesa. Bilik agak luas dan sound proof. Di 1st class juga ada toilet & shower. 

Dinner tapau dari kedai makcik



toilet & shower


Sebelum tidur, dinner nasi goreng tapau dari kedai makcik. Memang sedap.

23/Oct/22  ( Hatyai - Ratchaburi )

Selamat tiba di Ratchaburi station sekitar jam 9:00 a.m. Lori yang membawa motor telah sampai lebih awal dari kami. 


Parking dia hadapan station, turunkan motor dari lori dan setup barang. 

Sarapan pagi di Thai-Muslim Restaurant (13.528579, 99.820907), lebih kurang 1.5km dari station. Sarapan berat, nasi & sup ekor, daging green curry, telur goreng.


Memulakan perjalanan sekitar pukul 11:30 dari Ratchaburi. Agak lewat dari plan asal ( 9:00 am) sebab masa train sampai telah bertukar dari plan asal.

Rehat setelah 200km perjalan di PTT station, Lepak Amazon minum kopi.

Nampak tayar motor Angah terkena paku.Mujur angin tak kurang. Alhamdullilah, boleh tampal dengan kit yang kami bawa. Terjumpa rekahan kecil di tayar belakang Angah. Agak sedikit membimbangan sebab perjalan masih jauh lagi.


Tiba di masjid Chainat sekitar jam 4:00 pm. Solat jamak zuhur & asar. Selesai solat, teruskan perjalanan. Rancangan awal untuk berjumpa Imam masjid yang serias arwah abah semasa trip kami yang lepas. Tapi tak de rezeki nak jumpa.
Masjid Muhammadeeyah (15.177459, 100.130263)



Hari pertama ride di Thailand, kami overtime ride. Akhirnya sampai juga di Pitsanulok sekitar jam 10:00. Banyak hotel penuh. Dapat jugak hotel. Rattana View Hotel (16.81898, 100.28322)





Memandangkan sampai dah lewat malam, restoran halal dah tutup. Kami dinner beli nasi & burger dari 7e untuk diner
membahagikan burger & nasi 7e utk dinner


24/Oct/22 ( Pitsanulok -  Bo Kluea Tai, Nan )

Sekitar 7:30, kami check out dan pergi ke Restoran Halal berdekatan Hotel. 2km dari Hotel. Restoran Yasmeen Rotee. Ada menu murtabak dan nasi biryani. Kami tapau nasi biryani untuk lunch sekali. Tips untuk tapau, bagi sekali tapaware untuk tapau.


Yasmeen Rotee (16.82026, 100.26647)



menu: murtabak dan nasi baryani

Meneruskan perjalanan melalui route 11 menuju Sirkit Dam

 


View cantik menuju ke Sirikit Dam. (Na Muen car ferry jetty (18.04802, 100.69059). Semasa kami sampai, kebetulan, ferry belum berlepas, terus masuk parking di dalam ferry. Tambang utk sebuah motor adalah THB 150. Perjalan hingga ke Pak Nai car ferry jetty (18.05440, 100.68211) lebih kurang 15 minit

 






Meneruskan perjalanan melalui route 1026. Kanan kiri jalan terdapat banyak ladang asam jawa.  Kami berhenti untuk  lunch (tapau dari  restoran sarapan pagi) di pondok buruk tepi jalan (18.150246, 100.658076).




Disebabkan tiada punca air, kami tidak solat di sini. meneruskan perjalanan. Singgah di gerai buah. Berihat sebentar sambal makan limau bali dan betik. Mintak mak cik jual buah tu kopek sekali. Tercapai gak hasrat Aji Hidzer utk amik biji betik untuk buat benih.



Gerai buah 18.410526, 100.700983




 

Meneruskan perjalanan dan mencari tempat yang sesuai untuk solat. Berhenti solat di toilet R&R utk jamak zuhur dan asar.



RnR 18.984741, 100.933220


Tempat untuk bermalam masih jauh walaupun jam telah menujukkan pukul 5 lebih.

 

Perjalanan seterusnya, berhenti di view point yang cantik. Walaupun kami sampai sudah agak gelap, view masih cantik. . Kawasan ni berada di puncak bukit.

 

Road No. 3 (18.9739540, 101.034187)



Keadaan jalan mula gelap. Ada lebih kurang 40 km lagi untuk sampai ke tempat bermalam. Jalan bercorner. Memandangan jalan gelap, speed lebih krg 30km-40km saja. Alhamdullilah sampai di Full of happiness at the salt pond (19.155184, 101.157263) lebih kurang pukul 9 lebih dan tinggal 4 kemah sahaja kosong. 



The Salt Pond (19.155184, 101.157263)









Memandangkan tiada restoran halal di sekitar, kami masak untuk dinner.Menu dinner nasi, kari daging tin yeos, telur goreng dan lobak masih goreng chili.

Sebelum tidur, masak nasi lemak, dan rebus telur untuk makan esok lunch disebabkan tiada restoran halal sepanjang perjalanan.

25/Oct/22 (Bo Kluea Tai, Nan – Doi Ang Khang)

Lepas subuh, sarapan ringkas, Roti cicah kari semalam & bake bean. Ambil gambo di sekeliling tempat penginapan. Pemandangan cantik



Meneruskan perjalanan sekitar jam 7:30 ke destinasi seterusnya. Singgah di view point atas gunung.

 


19.1747669, 101.106429


 

Berehat di kedai kopi.Doi Phu Kha Coffee. Semua kopi dihasilkan dari ladang dan kilang sendiri. Rasa memang sedap dah fresh dari ladang. Selain kopi, tea dari berjenis bunga pun ada. Katanya tiada rider Malaysia singgah di kedainya sebelum ini. Service memang terbaik. Minum kopi dapat tea free sekali.



Doi Phu Kha Coffee. (19.181217, 101.095882)

Stop otw, view menarik





Menyambung perjalanan ke lokasi seterusnya untuk lunch, di route 1148 café Phayao.

Masak sambal tumis dari magee brand. Cuma panaskan sahaja. Menu lunch, Nasi lemak, telur, sambal tumis, ikan bilis dan timun.



Selesai lunch, beli sticker Route 1148 café, then teruskan perjalanan untuk cari tempat solat. Berhenti di RnR .

RnR (19.324771, 100.452648)
Singgah di gerai buah bidara.

Sekitar jam 7:00 malam, kami sampai di Baan Doi Ang Khang View Forest Camp. Tidur di dalam kemah yang didirikan di atas pangkin buluh di dalam kebun rambutan dan laici di lereng bukit. Pemandangan sangat cantik. Musim buah laici sekitar bulan June. Isteri kepada owner boleh berbahasa English.

Baan Doi Ang Khang View Forest Camp(19.831004, 99.098918)

Hanya kami sahaja customer. Owner pun agak kaget macamana kami boleh sampai ke sini sebab tak pernah ada foreigner menginap sebelum ini.

Sementara owner setup kemah, kami bersiap untuk masak. Menumpang di garage. Menu kami nasi, sambal sardine dan sayur pucuk masak lemak.




Pengalaman baru tidur di dalam kemah beralaskan lantai buluh. Fasilitasi lengkap dengan toilet dan shower.




Shower & toilet

 

26/Oct/22 (Doi Ang Khang - Pai)

Pagi, owner telah sediakan telur dan roti. Cukup untuk kami breakfast.


Setelah selesai kemas & bergambar, kami memulakan perjalanan seterusnya menuju ke Pai. 

check route takut sesat ke jalan off road


Owner of camp site
fb: 
https://www.facebook.com/khomsan.phawanna/?ti=as 


Jarak perjalanan dalam 200km tapi memakan masa hamper 11 jam. Pengalaman baru off-road di Thailand.

Target pertama adalah border Thailand-Myanmar di daerah Chiang Mai. Border ini khas untuk orang local sahaja.

19.940243, 99.041513

Meneruskan perjalanan untuk mencari restoran halal untuk tapau masa lunch. Ada sebuah restoran tapi masih tutup kerana awal pagi. ร้านอาหารอิสลาม(Islamic Restaurant).

ร้านอาหารอิสลาม(Islamic Restaurant)19.900597, 99.039778

Kami pergi ke satu masjid berdekatan ( Al-Aqsa Mosque 19.869660, 99.044369). 


Kedai berhampiran masjid pun masih tutup. Kebetulan terjumpa imam masjid dan juga jamaah tabliq dari Yala. Rezeki kami murah. Imam telah bekalkan kami bubur lambuk untuk kami makan. Alhamdullilah
Imam Masjid

Menyusuri jalan di sempadan Thailand – Myanmar. View cantik tetapi jalan ada yg berbatu.






Motor Angah bocor kali kedua tercucuk batu tajam.


Selepas isi minyak di local petrol station (19.580988, 98.619241), kami masuk ke jalan off road sejauh 50km. Sebenarnya kami x tahu keadaan jalan sebenar. Base on google map, perjalananan boleh di kurangkan 200km. Kami hanya bergantung google map dan garmin gps semasa membuat perancangan.

Perjalanan agak mengerikan, jalan totally off road, lumpur, pokok tumbang, dan tanah runtuh.









 

Berhenti solat di tepi sungai dan juga late lunch.



Alhamdullilah, sampai di Pai sekitar pukul 5:30. Kami stay di Pai vintage Garden resort. Classic hotel. Owner dia kelahiran Penang, Bapa asal Penang, Ibu asal Hatyai.

Pai vintage Garden resort (19.367229, 98.436432)



Kami dinner di pasar malam. Ada Halal restoran ANNKAM.

19.580988, 98.619241



Mendobi baju setelah 5 hari tidak mencuci di OTTERI wash & dry 

 

OTTERI wash & dry ( 19.361310, 98.439918)


 27/Oct/22 (Pai - Maesariang)

Kami breakfast di Resort. Telur dadar dan roti bakar.


OTB sekitar 7:30, menuju ke maesiariang, singgah di view point cantik.




19.446029, 98.319004

Setelah penat melayan corner, singgah mengopi di Bar 124 Café (19.544692, 98.212636)








Singgah di Mae Hong Son untuk ambil sijil 1000 Corner.






Kami lunch di Restoran Halal (19.305682, 97.969131), Menu sedap adalah mee sup daging.


Selepas lunch, kami bersolat zuhur dan jamak asar di masjid Nuruth Taqwa Mosque. terletak di belakang restoran

Nuruth Taqwa Mosque (19.305622, 97.969268)

 Meneruskan perjalanan, ada 166km lagi untuk sampai ke tempat penginapan, Chill House.

Rehat di view point cantik. Mae La Luang viewpoint .





(18.540438, 97.938206)

Sampai di Maesariang, sebelum check in, plan asal makan di restoran kedai makcik ketuk pintu, bila sampai, kedai dah tutup. Info dari owner stall berhampiran, Makcik sudah pindah ke Chiang Mai mengikut anak. Tak de rezeki untuk jumpa makcik yang telah masak untuk kami walaupun kedai sudah tutup 4 tahun lepas . Tempat dan masa sama kami bertemu Ayoh Del.

Tukar planning, kami masak di Chill house. Lin & A Ucop cari lauk di Lotus dan yang lain terus ke Cill House untuk book. Alhamdullilah, ada bilik kosong. Sampai di Chill House sekitar jam 6 petang. Rumah di sebelah sawah.

Chill House (18.156014, 97.922927)







Kami masak untuk dinner malam ini. Menu nasi, kari daging, pucuk masak lemak, ikan kering, sambal belacan, ulam kobis dan telur goreng.



28/Oct/22 ( Maesariang - Kamphaeng Phet )

Pagi ini, kami sarapan roti dan bake beans dan juga kari ayam baki malam. Targe point hari ni adalah melawat satu lagi border Thailand Myanmar di sebelah selatan lebih kurang 100km dari sini.

Singgah sebentar take 5 di otw 





Tiba di Border. Border ini hanya untuk orang local Myanmar & Thailand. Mae Tawo Pier (17.561329, 97.913570)






Hari ini, kami lunch di 7e. beli burger, nasi dan juga lauk, makan di Amazon cafe sambil minum coffee.






Menyambungkan perjalanan melalui route 12. Boleh tengok di video link di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=udrZxq5citE


Berehat di RnR route 12 dan solat zuhur & asar.



Puas juga layan corner size besar di route 12. Kami selamat sampai di Lanna Resort sekitar pukul 5:30.

Lanna Resort (16.471082, 99.523506)


 Selesai check in. keluar kembali untuk dinner di ร้านอาหารอิสลาม muslim food (16.471048, 99.532967). Lokasi restoran ni adalah di dalam pasar besar Kamphaeng Phet. 

ร้านอาหารอิสลาม muslim food (16.471048, 99.532967)
*restoran di dalam pasar

Tiada rezeki, kedai tutup. Tukar plan, kami beli barang makanan di pasar dan Lotus berhampiran dan masak di Resort.





29/Oct/22 ( Kamphaeng Phet - Erwan National Park )

Bersiap-siap, sarapan ringan. roti dan bake beans dan juga makan baki malam tadi. OTB sekitar jam 7:30.

berdoa semuga selamat di sepanjang perjalanan

Amin ya rabbal Alamin (Imam besar Hj Hidzer)

Otw, terjumpa gerai jual buat mata kucing. Segar dari ladang

16.010042, 99.430043

Singgah berehat di Linda Cafe ( Linda sempena nama ibu pada owner katanya). Qwner pun agak terperanjat sebab ada foreigner bikers datang singgah.

Linda Cafe (15.857609, 99.484493)





sticker of 1st foreign rider dari Malaysia 

minum coffee sambil makan mata kucing

Lunch di 7e


Perjalanan melalui banyak corner dan bukit. Berhenti berehat dan solat di puncak bukit. Ada punca air dan toilet.


(14.823031, 99.111024)

View tasik Erwan dari puncak bukit

Perjalanan ke tasik Erwan banyak corner dan jalan agak teruk (berlobang dan banyak batu pasir). Berbanding 3 tahun lepas, jalan memang cantik dan syok untuk layan corner.


Sampai di Jetty Ferry boat (14.556724, 99.151509), Ferry masih menunggu dan kosong. Terus parking masuk ke ferry.




Meneruskan perjalanan ke Kancanaburi. Jalan banyak corner. Sampai di resort sekitar jam 5 petang.

Phæ bādāl s̄uk̄h (14.350626, 99.176533)
Resort ini didirikan di atas air. View luar sangat cantik.



Kami masak untuk dinner. 






Owner resort. sungguh baik hati. Beliau rajin tanam ulam-ulam di sekeliling rumah, 



30/Oct/22 ( Erwan National Park - Parachuap Khiri Khan )

Sarapan pagi di bilik, habiskan makanan malam tadi dan juga roti. 

Bersiap untuk perjalanan seterusnya.

ikat bagi kuat takut terbang masa layan corner


Next point ialah The Death Railway di Kanchanaburi. (14.106034, 99.165935)


Fakta sejarah




Benda Haram !


Melawat Jambatan Kwai River. Di sini juga tempat sejarah. Ramai tentera British mati di sini.

Alhamdullilah, Masih 3 beradik dgn hobi yang sama



Meneruskan perjalanan, ada lagi 210km untuk sampai ke tempat bermalam. Singgah berehat di kedai coffee. View cantik. Kedai di tengah sawah. Keluar sedikit dari main road lebih kurang 300 meter.



The White Space ( 13.641807, 99.758412 )


Meneruskan perjalanan, singgah di PTT untuk lunch. Kebetulan ada restoran Halal. Surau pun ada.

PTT (13.118190, 99.907613)

Halal restoran

Surau


Singgah minum di CARIBOU CAFÉ. 

2.685846, 99.953534


Meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Sampai di Hotel yang kami target sekitar pukul 8 malam, tapi telah nama di tutup sejak PKP. Terpaksa mencari tempat lain. Alhamdullilah kamu jumpa satu Hotel yang Islam friendly untuk makanan. Hanya kami sahaja customer malam itu.

Kuiburi Hotel & Resort ( 12.022997, 99.888066)


Kami dinner dan sarapan di sini

view pagi

dinner

sarapan pagi - telur, nasi goreng, roti bakar, buah.

31/Oct/22 ( Parachuap Khiri Khan - Surat Thani )

Perjalanan seterusnya ke Surat Thani, Perjalanan di Segenting Kra agak memboringkan. tiada apa. beberapa jalan kami guna jalan tepi laut. Guna option di google map. Ride sambil layan perasaan. rasa dah tak sabar untuk sampai ke border.
Singgah lunch di Halal restoran. Bungnut (9.929782, 99.060039) ada nasi baryani. sup ekor. sedap



Jumpa air kelapa jelly. gerai tepi jalan




Sampai di hotel di Surat Thani sekitar jam 4 petang.
Makan di pasar malam. Di pasal malam ni ada beberapa gerai makanan halal.

Sabye D resort (9.141738, 99.319036)

Ko Lamphu Park (9.1378069, 99.317380)

Pasar malam (9.143008, 99.322885)


Tapi Bridge (9.140055, 99.320500)

1/Nov/22 ( Surat Thani - Hatyai )

Meneruskan perjalanan ke Hatyai. Otw, kami singgah di kedai coffee dan juga menghasilkan coffeenya sendiri
Thung Song Coffee Roasters (8.154447, 99.735323)



Singgah di route 41 cafe untuk membeli cendramata. 


7.679484, 100.011675



Singgah di Masjid Pattahlung untuk solat serta lunch di restoran berdekatan masjid.

kedai makan berhampiran masjid

Masjid Pathalung (7.617338, 100.087809)

Dari Pathalung, hujan lebat hingga ke Hatyai. Bermalam di Hop Inn.

7.004284, 100.490110
Dinner di pasar malam di kawasan perkampungan muslim

Pasar malam 6.999114, 100.452014)



2/Nov/22 ( Hatyai - KL )

Bertolak balik ke KL. Hanya pulas trottle. Otw balik hujan lebat on-off.
Alhamdullih, semua selamat sampai ke rumah sekitar pukul 9 malam


<nota kaki>
Alhamdullilah, misi untuk membawa Cik Sayadek untuk ride ke Thailand dan juga re-visit sebahgian route 1000 corner dapat di selesaikan tanpa sembarang masalah besar. 80% plan dapat di selesaikan as per plan.

Segala pertanyaan boleh email ke 
lin_muti@yahoo.com

-tamat-